Kisah Kejayaan
[Q4 2024] CELIK IT – Mohamad Harzeey Areez bin Abdul Aziz
9 April 2025
| Latar Belakang |
| Areez merupakan pelajar tahun 3 SK Kalok. Dia sering berkunjung ke NADI bersama rakan-rakannya. Mereka sering melayari internet untuk menonton youtube. Petugas mempelawa Areez untuk mengikuti kelas ICT bagi meningkatkan kemahiran komputer. |
| Sebelum penggunaan ICT/penglibatan NADI |
| Semasa baru mendaftar menjadi ahli, Areez diajar oleh petugas fungsi papan kekunci, tetikus dan cara melayari internet kerana itu merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh ahli baharu. |
| Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI |
| Setelah sering berkunjung dan mengikuti kelas, Areez mahir menaip menggunakan Microsoft Word dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain terutamanya ahli NADI yang baru mendaftar. Selain itu juga, Areez aktif mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh petugas. |