| Nama | : Adam Firdaus bin Hazuan |
| Umur | : 9 tahun |
| Ahli | : 3 Mac 2021 |
|
Latar Belakang |
|
| Adam sering mengikuti kakaknya berkunjung ke NADI. Kakaknya merupakan pengguna yang telah berdaftar. Petugas mencadangkan supaya Adam turut mendaftar sebagai ahli NADI supaya Adam dapat menggunakan keistimewaan ahli sepenuhnya. Adam berkunjung ke NADI untuk melayari laman sesawang. Apabila ada kelapangan Adam akan mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas. Adam sentiasa bersemangat untuk mengikuti kelas. | |
|
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan NADI |
|
|
Semasa baru mendaftar menjadi ahli, Adam masih terkial-kial untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus. Dia sering bertanya dengan petugas atau rakan-rakan sekiranya terdapat kemusykilan ketika melayari laman sesawang. |
|
|
Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI |
|
|
Setelah sering berkunjung dan mengikuti kelas, Adam dapat memberi bimbingan asas penggunaan perkakas komputer kepada ahli berdaftar yang baharu. |