mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2022] KEUSAHAWANAN – Cik Normala binti Leman

Picture2

MAKANAN (BURGER, AIR SIRAP DAN BUAH-BUAHAN)

Nama     : Normala binti Leman

 

Umur     : 36 tahun 

        

Ahli        : 2015

Latar Belakang

Cik Normala merupakan antara orang yang terawal mendaftar sebagai ahli Pedi Kpg Kalok. Dia mendaftar sebagai ahli untuk menggunakan kemudahan yang ada disini dengan harga ahli. Dia merupakan seorang Guru Kafa dan menjalankan perniagaan bersama adik-beradiknya. Cik Normala sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti penggunaan PC untuk menaip senarai menu burger dan“laminate” senarai menu tersebut. Disamping itu, Cik Normala juga berkunjung ke PEDi bagi tujuan bimbingan pendaftaran perniagaan di bawah SSM secara dalam talian. Bermula dengan perniagaan burger, kini Cik Normala sudah menjual air sirap dan buah-buahan untuk mempelbagaikan jualannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Cik Normala hanya menjual burger dan tiada pemasaran dalam talian dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT dan keusahawanan,Cik Normala dapat mempelbagaikan jualan dan aktif memasarkan di sosial media.