KELAS ICT
|
Nama : Nur Ruzieyane binti Rudy
Umur : 22 tahun
Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Yane merupakan seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia. Sebelum dia melanjutkan pelajaran ke UUM, dia sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang ada disini dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas. Disebabkan pandemik Covid-19 yang lalu,setiap hari yane akan berkunjung ke PEDi untuk mengikuti kelas secara dalam talian dek kerana capaian internet yang kurang memuaskan di rumah. Di samping itu, dia juga menggunakan kesempatan yang ada semasa berada di PEDi untuk bertanya soalan dengan petugas berkenaan subjek pembelajaran dan perisian komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Yane mempunyai asas kemahiran komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli PEDi, Yane memanfaatkan kemudahan yang ada seperti ruang belajar untuk pelajar IPT mengikuti kelas dan membuat pembentangan dalam talian. Yane juga semakin mahir menggunakan perisian komputer bagi menyiapkan tugasannya.