mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2021] CELIK IT – Ayu Amiera Farisha binti Abu Hassan

from vivo 1411

KELAS ICT

Nama     : Ayu Amiera Farisha Bt Abu Hassan

 

Umur     : 12 tahun 

        

Ahli        : 2017

Latar Belakang

Adik Ayu merupakan pelajar tahun 6 di SK Kalok. Dia telah mendaftar menjadi ahli pusat internet pada tahun 2017. Semenjak mendaftar menjadi ahli pusat internet dia sering berkunjung ke pusat internet untuk melayari internet, menggunakan kemudahan wifi komuniti dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas. Pada mulanya, dia seorang yang buta IT, namun lama kelamaan dek kerana rajin mengikuti kelas ICT dia semakin mahir menggunakan komputer dan mampu membimbing kanak-kanak yang lebih muda darinya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Ayu kurang mahir dalam penggunaan komputer dan hanya berkunjung ke pusat internet bagi tujuan menonton video di Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg Kalok, dia rajin mengikuti kelas yang diadakan pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah. Kini adik Ayu sudah pandai menaip menggunakan Microsoft Word dan mencari maklumat di laman sesawang. Selain itu, adik Ayu dapat menaip lebih pantas berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.