mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2020] KEUSAHAWANAN – Cik Vilmiza binti Seman

vilmiza

USAHAWAN (MAKANAN)

Nama     : Vilmiza binti Seman

 

Umur     : 30 tahun 

        

Ahli        : 2016

Latar Belakang

Cik Vilmiza merupakan seorang pekerja kakitangan swasta dan mula menjadi ejen Eng’ Popcorn pada musim pandemik ini kerana dia bekerja dari rumah. Dia menjadi ejen Eng’ Popcorn untuk di bahagian Betong. Dia memasarkan jualannya melalui facebook dan whatsapp. Selain itu, dia telah menyertai kelas keusahawanan shopee baru-baru ini dan menjadi peserta bagi pertandingan usahawan dalam talian pusat internet. Disamping menjual popcorn, Cik Vilmiza turut menjual makanan yang lain seperti kekacang dan biskut. Cik Vilmiza merupakan antara orang yang terawal berdaftar sebagai ahli pusat internet dan sering menggunakan kemudahan yang ada disini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Vilmiza sudah lama menceburi bidang perniagaan tetapi hanya dilakukan apabila dia pulang ke kampung dan masa cuti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini dia sudah mula membahagikan masanya kepada bisnes dan sering aktif melakukan hebahan di facebook dan whatsapp bagi mengiklankan produk jualan.