KELAS ICT
|
Nama : Nur Qalesya binti Muhd Khanizan
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Adik Qalesya merupakan seorang pelajar darjah 4 di SK Kalok. Dia telah mendaftar menjadi ahli pusat internet pada 25 Ogos 2017. Semenjak menjadi ahli pusat internet dia sering berkunjung ke pusat internet untuk melayari internet dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas. Pada mulanya, dia seorang yang buta IT, namun lama kelamaan dek kerana rajin mengikuti kelas ICT dia semakin mahir menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Qalesya kurang mahir dalam penggunaan komputer dan hanya melayari internet bagi menonton video di Youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg Kalok, dia rajin mengikuti kelas yang diadakan pada hujung minggu. Kini adik Qalesya sudah pandai menaip menggunakan Microsoft Word, powerpoint dan publisher. Selain itu, dia juga sudah belajar cara untuk mencari maklumat di laman sesawang.