USAHAWAN MADU KELULUT
|
Nama : Suriati Binti Abdullah
Umur : 41 tahun
Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Suriati merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan pengusaha madu kelulut. Dia menjadi ahli di PI Kampung Kalok pada Mac 2018 dan sering mengikuti latihan keusahawanan yang PI jalankan. Disamping ingin memasarkan madu kelulutnya secara meluas, dia juga ingin menimba ilmu dalam bidang ict. Oleh demikian, dia juga sering mengikuti kelas ict dewasa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Suriati kurang mahir mnegenai bisnes dalam talian dan hanya menjual madu kelulut dalam kalangan rakan-rakan, jiran tetangga dan sanak-saudara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah kerap menghadiri kelas keusahawanan dan ict, Puan Suriati semakin mahir menjual madunya secara dalam talian dan pandai menyusun ayat jualan. Bahkan dia turut melakukan jualan melalui whatsapp dan facebook.