mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2019] CELIK IT – Norsharmila bt Hussain

KELAS ICT

Nama     : Norsharmila bt Hussain

 

Umur     : 12 tahun 

        

Ahli        : 2015

Latar Belakang

Adik Sharmila merupakan pelajar tahun 6 SK Kalok dan telah menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Dia sering mengunjungi pusat internet pada hujung minggu dan cuti sekolah. Disamping itu, dia sentiasa hadir  untuk mengikuti kelas yang diadakan di PI Kampung Kalok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, adik Sharmila tidak pandai menggunakan komputer dan sering mengunjungi pusat internet untuk menemani rakan-rakannya. Dek kerana berminat untuk mempelajari tentang komputer adik Sharmila akhirnya telah mendaftar menjadi ahli PI Kampung Kalok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli, adik Sharmila rajin mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas. Oleh demikian, dia kini sudah pandai menggunakan enjin carian internet iaitu “google search” dan turut pandai memuat turun imej, mencetak, menggunakan Microsoft word dan powerpoint.