mcmc
Kisah Kejayaan

[Q3 2022] CELIK IT – Osama Hanafiah

KELAS ICT

Nama     : Osama Hanafiah 

 

Umur     : 21 tahun 

        

Ahli        : 2017

Latar Belakang

Osama merupakan seorang penuntut di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Labuan. Sebelum dia melanjutkan pelajaran ke UMS, dia sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang ada disini dan mengikuti kelas ICT yang dijalankan oleh petugas.  Disebabkan pandemik Covid-19 yang lalu,setiap hari Osama akan berkunjung ke PEDi untuk mengikuti kelas secara dalam talian dek kerana capaian internet yang kurang memuaskan di rumah. Di samping itu, dia juga menggunakan kesempatan yang ada semasa berada di PEDi untuk bertanya soalan dengan petugas berkenaan subjek pembelajaran dan perisian komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Osama mempunyai asas kemahiran komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli PEDi,Osama memanfaatkan kemudahan yang ada seperti ruang belajar untuk pelajar IPT mengikuti kelas dan membuat pembentangan dalam talian. Yane juga semakin mahir menggunakan perisian komputer bagi menyiapkan tugasannya.