KELAS ICT
|
Nama : Mohd Rizal bin Jemat
Umur : 13 tahun
Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Adik Rizal merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Pusa. Dia telah mendaftar menjadi ahli pusat internet pada tahun 2015.Semenjak menjadi ahli PIK dia sering berkunjung untuk melayari internet, menggunakan komputer bagi tujuan kelas dalam talian sepanjang tempoh PDPR dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas. Pada mulanya, dia seorang yang buta IT, namun lama kelamaan dek kerana rajin mengikuti kelas ICT dia semakin mahir menggunakan komputer dan mampu membimbing kanak-kanak yang lebih muda darinya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Rizal kurang mahir dalam penggunaan komputer dan hanya berkunjung ke pusat internet bagi tujuan menonton video di Youtube dan mencetak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Komuniti Kg Kalok, dia rajin mengikuti kelas yang diadakan pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah. Kini adik Rizal sudah pandai menaip menggunakan Microsoft Word, powerpoint dan publisher. Selain itu, dia juga sudah belajar cara untuk mencari maklumat di laman sesawang bagi tujuan pembelajaran. Adik Rizal juga sudah pandai menggunakan whatsapp web dan google form bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
