mcmc
Kisah Kejayaan

[Q3 2020] CELIK IT – Hjh Ellem binti Narawi

hjh ellem

KELAS ICT

Nama     : Hjh Ellem binti Narawi

 

Umur     : 70 tahun 

        

Ahli        : 2015

Latar Belakang

Puan Ellem merupakan seorang pesara kerajaan. Dia adalah golongan terawal yang telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kampung Kalok. Pada masa ini, dia menyandang jawatan Bendahari dalam Jawatankuasa Kampung dan Koperasi. Tanggungjawab yang dipikul oleh Puan Ellem memerlukan dia untuk mahir menggunakan komputer kerana perlu menyediakan laporan kewangan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ellem kurang mahir dalam penggunaan komputer kerana semasa dia masih bekerja dahulu, penggunaan komputer di pejabat belum meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli, dia rajin mengunjungi pusat internet untuk menggunakan komputer bagi tujuan menaip. Selain itu, dia turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pusat internet. Di samping itu, dia pernah mengikuti bengkel Microsoft Office bagi mengukuhkan lagi kemahiran dalam bidang IT.