USAHAWAN (TUKANG JAHIT)
|
Nama : Noraini Binti Bujang
Umur : 32 tahun
Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Noraini merupakan seorang pelatih di Giatmara dan juga merupakan seorang tukang jahit di Kampung Tengah Pusa. Bagi menambah kemahirannya dalam bidang jahitan, dia mengikuti kelas jahitan di Giatmara Pusa. Pelatih Giatmara sering mengikuti kelas/latihan keusahawan yang disediakan di Pusat Internet Kampung Kalok. Oleh demikian,dia sering mengikuti kelas keusahawanan dan program yang Pusat Internet Kampung Kalok jalankan bagi menambah ilmu berkaitan jualan dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Noraini hanya menggunakan jualan secara langsung sahaja untuk mempromosikan koleksi jahitannya. Tambahan pula,dia juga kurang mahir dalam bidang ICT dan penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti banyak latihan dan program anjuran PI Kampung Kalok, dia kini telah mahir menggunakan komputer dan pandai memuat nait gambar baju yang telah direka dan dijahit oleh dia sendiri di laman sosial facebook. PI Kampung Kalok juga telah memperkenalkan My Shop dan Produk Sarawak kepada dia sebagai medium promosi baru untuk koleksi jahitannya.