mcmc
Kisah Kejayaan

[Q3 2019] CELIK IT – Mohd Qhaizul Hafikh Bin Mohd Razif

KELAS ICT

Nama     : Mohd Qhaizul Hafikh Bin Mohd Razif

 

Umur     :  12 tahun 

        

Ahli        :  2016

Latar Belakang

Adik Hafikh merupakan pelajar tahun 6 SK Kalok dan bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Dia sering mengunjungi pusat internet pada hujung minggu dan cuti sekolah. Disamping itu, dia sentiasa bersemangat untuk mengikuti kelas yang diadakan di PI Kampung Kalok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, adik Hafikh tidak pandai menggunakan komputer dan sering mengunjungi pusat internet untuk menemani rakan-rakannya. Dek kerana berminat untuk mempelajari tentang komputer adik Hafikh akhirnya telah mendaftar menjadi ahli PI Kampung Kalok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli, adik Hafikh rajin mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas. Oleh demikian, dia kini sudah pandai menggunakan enjin carian internet iaitu “google search”. Disamping itu, dia turut pandai memuat turun imej, mencetak, menggunakan Microsoft word dan powerpoint.