mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2023] CELIK IT – Nur Elly Syakila Mohd Ghanti

Screenshot 2023-09-18 115930

KELAS ICT

Nama     : Nur Elly Syakila Mohd Ghanti

 

Umur     : 9 tahun 

        

Ahli        : 2022

Latar Belakang

Syakila merupakan pelajar tahun 3 di SK Kalok dan ayahnya sering berkunjung ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan cetakan dan fotokopi. Semasa mengikuti ayahnya, dia berminat untuk mendaftar menjadi ahli di PEDi. Selepas mendaftar, dia sering berkunjung ke PEDi bersama-sama rakannya untuk menggunakan komputer dan melayari internet. Syakila berminat untuk mempelajari lebih dalam tentang komputer dan telah mengikuti kelas yang sering dilaksanakan oleh petugas. Kini Syakila mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang baru berkenaan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semasa baru mendaftar menjadi ahli, Syakila baru saja berkenalan dengan perkakasan komputer dan fungsinya secara asas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sering berkunjung dan mengikuti kelas, Syakila mahir menaip menggunakan Microsoft Word dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain.