KELAS ICT
|
Nama : Dayang Abdah Khalidah binti Abang Husaini
Umur : 21 tahun
Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Cik Abdah merupakan seorang penuntut di IPG Sabah. Sebelum menyambung ke IPG Cik Abdah sering berkunjung ke PEDi untuk melayari internet, mencetak dan fotokopi. Disebabkan Cik Abdah kurang mahir dalam Microsoft Office, dia telah mengikuti kelas Microsoft Office yang telah dianjurkan oleh petugas. Dia mempelajari kemahiran ini sebagai persediaan untuk menempuhi alam universiti dimana kemahiran Microsoft Office sangat diperlukan. Dek kerana covid-19 melanda negara, Cik Abdah turut memanfaatkan PEDi sebagai tempat mengikuti kelas secara dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Abdah berkunjung ke PEDiuntuk tujuan mencetak dan fotokopi sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli PEDi, Cik Abdah memanfaatkan kemudahan yang ada seperti ruang belajar untuk pelajar IPT mengikuti kelas dan membuat pembentangan dalam talian. Cik Abdah juga semakin mahir menggunakan Microsoft Office bagi menyiapkan tugasannya.
