mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2021] CELIK IT – Emelda Suhaida binti Abdullah

emelda

KELAS ICT

Nama     : Emelda Suhaida binti Abdullah

 

Umur     : 12 tahun 

        

Ahli        : 2019

Latar Belakang

Adik Emelda merupakan pelajar tahun 6 di SK Kalok. Dia telah mendaftar menjadi ahli pusat internet pada tahun 2019. Semenjak menjadi ahli pusat internet dia sering berkunjung ke pusat internet untuk melayari internet, menggunakan kemudahan wifi komuniti dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas. Pada mulanya, dia seorang yang buta IT, namun lama kelamaan dek kerana rajin mengikuti kelas ICT dia semakin mahir menggunakan komputer dan mampu membimbing kanak-kanak yang lebih muda darinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Emelda kurang mahir dalam penggunaan komputer dan hanya berkunjung ke pusat internet bagi tujuan menonton video di Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg Kalok, dia rajin mengikuti kelas yang diadakan pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah. Kini adik Emelda sudah pandai menaip menggunakan Microsoft Word, powerpoint dan publisher. Selain itu, dia juga sudah belajar cara untuk mencari maklumat di laman sesawang bagi tujuan pembelajaran.