USAHAWAN
|
Nama : Salahah binti Juki
Umur : 44 tahun
Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Puan Salahah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Dia mula mengikuti kelas jahitan di Giatmara pada tahun 2019. Tercetusnya idea untuk membuat handmade pin tudung selepas mengikuti kelas jahitan tersebut. Pada mulanya, dia hanya menjual kepada saudara mara yang terdekat. Dek kerana ada permintaan dari jiran tetangga dan sahabat handai, dia mula mengambil tempahan untuk handmade pin tudung. Disamping itu, dia juga melakukan jualan makanan semasa bulan Ramadhan dan turut menyediakan penghantaran ke rumah bagi kawasan berdekatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mendaftar menjadi ahli pusat internet, Puan Salahah tidak pernah menghadiri mana-mana kelas keusahawanan. Oleh sebab itu, dia hanya melakukan jualan secara lansung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas keusahawanan di pusat internet, Puan Salahah mula berjinak-jinak untuk memasarkan handmade pin tudung dalam talian. Dengan menggunakan platform facebook dia mengiklankan jualan juadah untuk berbuka pada bulan puasa.