mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2019] CELIK IT – Mohd Irfan Bin Amer

KELAS ICT

Nama     : Mohd Irfan Bin Amer

 

Umur     :  13 tahun 

        

Ahli        : 2015

Latar Belakang

Adik Irfan merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Pusa. Dia sering berkungjung ke Pusat Internet untuk melayari internet dan mengikuti kelas/latihan yang disediakan oleh petugas PI Kampung Kalok. Disamping itu, dia juga aktif mengikuti aktiviti yang diadakan di PI Kampung Kalok seperti sukaneka dan pertandingan kuiz.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, adik Irfan merupakan seorang yang buta IT. Dia tidak pandai menggunakan komputer dan mencari maklumat dilaman sesawang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli, adik Irfan aktif mengikuti pelbagai kelas latihan ICT yang dijalankan di sini.Dek kerana kesungguhan adik Irfan mengikuti kelas/latihan, dia semakin mahir menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu,dia juga pandai mencari maklumat menggunakan enjin carian seperti google. Oleh demikian, dia dapat mengakses pelbagai maklumat di laman sesawang.