mcmc
Kisah Kejayaan

[Q1 2023] CELIK IT – Deeya Natasha binti Roslan

Screenshot 2023-09-18 115450

KELAS ICT

Nama     : Deeya Natasha binti Roslan

 

Umur     : 10 tahun 

        

Ahli        : 2020

Latar Belakang

Deeya merupakan pelajar tahun 4 dan bersekolah di SK Kalok. Meskipun berusia 10 tahun namun dia sudah pandai memuat turun imej dari laman sesawang dan mencetak imej tersebut sendiri. Selain itu, dia pandai menaip menggunakan perisian Microsoft Word. Dia juga merupakan ahli yang aktif yang sering berkunjung ke PEDi dan sentiasa hadir ketika petugas menjalankan kelas ICT Bersama pelajar sekolah rendah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal penglibatan adik Deeya bersama PEDi, dia sering berkunjung untuk menonton youtube di komputer dan menggunakan perkhidmatan seperti mencetak dan fotokopi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli PEDi Kg Kalok, petugas mempelawa Deeya dan kawan-kawannya untuk mengikuti kelas. Setiap kali dipelawa Deeya sentiasa gembira untuk mempelajari ilmu baru dari petugas. Kini Deeya mampu mengajar ahli baru bagaimana untuk mencetak dan melayari internet.