KELAS ICT
|
Nama : Nur Hanie Syafira binti Zein
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Adik Hanie merupakan pelajar tahun 6 di SK Kalok. Dia telah mendaftar menjadi ahli PEDi pada tahun 2017. Sebelum mendaftar menjadi ahli pusat internet dia sering berkunjung ke PEDi dan hanya melihat aktiviti yang sering dijalankan disini. Dek kerana ingin mengikuti aktiviti dan menggunakan kemudahan yang ada di PEDi, dia telah mendaftar untuk menjadi ahli. Setelah menjadi ahli PEDi, dia sering mengikuti kelas yang petugas laksanakan dan memanfaatkan kemudahan yang ada di PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Hanie seorang yang buta IT dan hanya mengikuti kawan yang berkunjung ke PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli PEDi, dia rajin mengikuti kelas yang diadakan pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah. Kini adik Hanie sudah pandai menaip menggunakan Microsoft Word dan mencari maklumat di laman sesawang. Selain itu, adik Hanie dapat menaip lebih pantas berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.