mcmc
Kisah Kejayaan

[Q1 2020] KEUSAHAWANAN – Puan Norliza Binti Bakar

Untitled

USAHAWAN 

Nama     : Norliza Binti Bakar

 

Umur     :  28 tahun 

        

Ahli        : 2019

Latar Belakang

Puan Norliza merupakan usahawan “handmade hair clip” dan juga merupakan seorang pelatih di Giatmara Batang Lupar. Dia mendapat idea untuk membuat handmade hair clip ini setelah mengikuti kelas di Giatmara dalam bidang jahitan. Bagi menjana pendapatan sampingan dan mengisi masa lapang dia memanfaatkan kemahiran yang ada dengan membuat handmade hair clip yang mampu dibeli oleh komuniti setempat. Pada mulanya, dia menjual secara lansung dengan kawan-kawan anaknya. Dek kerana hair clip tersebut mendapat sambutan yang baik, dia mula melakukan jualan dalam talian di facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norliza belum menceburi bidang keusahawanan dan merupakan suri rumah sepenuh masa sebelum mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Kg Kalok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg Kalok, dia mengikuti kelas keusahawanan dan memanfaatkan ilmu jahitan yang telah dipelajari untuk membuat handmade hair clip. Dia juga turut menyertai pertandingan yang telah diadakan semasa Hari Bersama Komuniti.