USAHAWAN PRODUK MAKANAN
|
Nama : Widawati Binti Ganti
Umur : 42 tahun
Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Widawati merupakan pelatih di Giatmara Batang Lupar. Dia menjadi ahli di PI Kampung Kalok pada Julai 2018 dan sering mengikuti latihan keusahawanan yang PI jalankan. Semenjak dari itu dia semakin bergiat aktif mempromosikan produknya melalui laman sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Widawati merupakan suri rumah tangga dan pelatih di Giatmara Batang Lupar. Dia rajin membuat roti bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan keluarga. Puan Widawati kurang mahir dalam bisnes dalam talian dan hanya melakukan jualan secara lansung dengan menghantar roti ke gerai minuman.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah kerap menghadiri kelas keusahawanan, Puan Widawati semakin mahir dalam jualan secara dalam talian dan teknik ayat jualan. Bahkan dia turut melakukan jualan melalui whatsapp dan facebook.