KELAS ICT DAN MENAIP
|
Nama : Ruzana Binti Bol
Umur : 51 tahun
Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Puan Ruzana merupakan seorang suri rumah dan merupakan ahli aktif persatuan wanita. Dia juga seorang yang aktif mengikuti kelas dan program yang dijalankan di Pusat Internet Kg Kalok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya, Puan Ruzana merupakan seorang pelajar yang cetek ilmu dalam bidang ICT. Dia tidak pandai menaip menggunakan papan kekunci dan cara memegang tetikus yang betul. Oleh demikian, pada Mac 2018 PI Kg Kalok menjemput ahli persatuan wanita untuk mengikuti kelas ICT dan dia terus mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kampung Kalok.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli, Puan Ruzana aktif mengikuti pelbagai kelas latihan ICT yang dijalankan di sini. Sekarang Puan Ruzana semakin mahir menaip menggunakan Microsoft Word. Selain itu,dia juga pandai mencari maklumat menggunakan enjin carian seperti google. Oleh demikian, dia dapat mengakses pelbagai maklumat di laman sesawang.