mcmc
Maklumat PEDi

MAKLUMAT NADI KG KALOK

NADI dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Program ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013.

Program ini dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan NADI telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek ini merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). 

NADI ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1 , 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda,110 pusat untuk Fasa 4 dan 42 pusat untuk Fasa 5 (CBL-Enhancement) telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT (Information Communication and Technology) dalam kehidupan seharian mereka.

Kampung Kalok Pusa juga mempunyai sebuah NADI dibawah Fasa 5 atau lebih dikenali dengan nama Fasa CBL Enhancement dan mula beroperasi pada 23 Mei 2015 setelah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM).


 

 

Berikut merupakan maklumat am NADI Kg Kalok, Pusa :

Nama             : Pusat Sebaran Maklumat Nasional @ NADI Kg Kalok

Alamat           : Skim Penempatan Baru, Kg. Kalok, 94950 Pusa, Betong, Sarawak

Email             : afifah@pedi.my

Portal             : kgkalok.pjk.com.my

Waktu operasi : Setiap hari kecuali cuti umum.                  

                          8:00 AM hingga 5:00 PM