Kampung Kalok juga turut dikenali sebagai Kampung Dayang Esah Tandangsari. Hal ini kerana wujud makam Dayang Esah iaitu sebuah kisah lagenda yang wujud di kampung ini. Selain makam tersebut, terdapat dua buah makam lain iaitu Makam Dato Godam dan Makam Pengiran Temenggung dan terdapat sebuah kampung di sini bernama Kampung Dato Godam diambil sempena dengan nama tersebut. Terdapat pelbagai versi kisah lagenda ini memandangkan ianya adalah kisah turun temurun dan sukar untuk disahkan. Namun terdapat kenyataan mengesahkan bahawa Dayang Esah Tandang Sari mempunyai kaitan keluarga denagn Kesultanan Brunei dan hal ini telah disahkan oleh Ketua Pusat Sejarah Brunei, Pehin Jawatan Dalam Maharaja Dato Seri Utama Dr Hj Awang Mohd Jamil semasa Majlis Tahlil yang diadakan di Makam Dayang Esah pada tahun 1977.
Lokasi ketiga-tiga makam ini ialah di Lorong Enam Kampung Kalok dan terdapat jalan bersimen yang telah dibuat untuk menuju ke Makam tersebut. Walaubagaimanapun, jalan bersimen tersebut hanya dapat menghubung ke Makam Dato Godam dan Makam Pengiran Temenggung manakala jarak antara makam tersebut dengan makam Dayang Esah kira-kira 100 meter. Jalan menuju ke Makam Dayang Esah agak bahaya kerana keadaan rumput dan lalang yang semak dan tidak mempunyai jalan bersimen.
Cerita lagenda ini telah dijadikan tempat pelancongan tetapi malangnya, tempat tersebut tidak dijaga dengan rapi. Hal ini menyebabkan pelancong dari luar jarang berkunjung ke tempat tersebut. Diharap ada pihak yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kawasan makam tersebut memandangkan ianya adalah kawasan tarikan pelancong.
Makam Dato Godam (di belakang ialah makam Pengiran Temenggung)
Makam Dayang Esah Tandang Sari (terdapat beberapa bangku kecil tersusun di tepi)
Makam Dayang Esah Tandang Sari