mcmc
Laporan Aktiviti

Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019

LESTARI ICT & CAKNA KESIHATAN 2019

TARIKH            : 17 DISEMBER 2019

 

MASA               : 8.00 AM – 1.00 PM   

         

LOKASI            : PUSAT INTERNET KG KALOK & DEWAN KG KALOK

Tujuan

Melestarikan Pusat Internet Kg Kalok sebagai pusat ICT dan kesihatan di samping mengeratkan hubungan di antara Pusat Internet dan komuniti kampung bagi mewujudkan komuniti yang peka kepada kesihatan dan keselamatan.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah derma darah (Unit Tabung Darah Hospital Betong), saringan kesihatan (Kospen), taklimat keselamatan  dan demo menggunakan alat pemadam api (Bomba dan Penyelamat Betong) dan taklimat advokasi. Pertandingan-pertandingan yang diadakan sempena program ini antaranya adalah muat naik sebanyak mungkin artikel bertajuk ” Amalan Pemakanan Seimbang” ke dalam My Komuniti, muat naik produk My Shop,  melabel tempat-tempat kesihatan atau usahawan yang menjual produk kesihatan di Pusa melalui My Place, kuiz kesihatan, mewarna kategori warga emas berumur 40 tahun ke atas. Selain itu, turut diadakan sukaneka bagi golongan dewasa dan kanak-kanak.

Gambar Disini