Program Merdeka dan Hari Malaysia
| Tujuan |
| Menyemai semangat patriotisme dalam kalangan komuniti setempat melalui aktiviti-aktiviti berteraskan cintakan negara. |
| Aktiviti |
Antara pengisian program adalah sesi live bersama YBM, tontonan siaran ulangan sambutan kemerdekaan, menghias cupcake, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan, kuiz dan tayangan video e-sukan.
|
| Gambar Disini |
Kursus Latihan Pengendali Makanan
| Tujuan |
| Menyediakan asas kemahiran dan pematuhan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk tujuan perniagaan makanan. |
| Aktiviti |
Penceramah menerangkan tentang kebersihan diri, kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan, jenis pencemaran makanan serta peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi. Kemudian, tentang cara mencuci tangan dengan betul, teknik penyimpanan makanan yang selamat serta penyediaan kawasan dapur yang bersih dan teratur. Aktiviti interaktif seperti kuiz ringkas turut dijalankan bagi mengukuhkan pemahaman peserta. Program diakhiri dengan sesi soal jawab, penilaian kefahaman, serta penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.
|
| Gambar Disini |
Program Khas : Bahasa Melayu
| Tujuan |
| Meningkatkan tahap penguasaan bahasa dan penggunaan tatabahasa yang betul dalam komunikasi dan penulisan. |
| Aktiviti |
Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk sesi penerangan mengenai asas tatabahasa seperti jenis kata, pembentukan ayat dan penggunaan imbuhan. Aktiviti latihan bertulis turut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada peserta mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari.
|
| Gambar Disini |
Kelas Mahir Masak
| Tujuan |
| Mengasah kemahiran memasak peserta serta menggalakkan aktiviti keusahawanan kecil berasaskan makanan. |
| Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi pengenalan dan penerangan resipi di mana peserta diberi tunjuk ajar tentang bahan-bahan asas dan peralatan yang diperlukan. Seterusnya, tenaga pengajar menunjukkan demonstrasi langkah demi langkah membuat doh piza, termasuk cara menguli dan membentuk doh dengan betul. Program diakhiri dengan perkongsian hasil masakan peserta melalui paparan kamera, sesi maklum balas dan tips tambahan untuk memperbaiki teknik memasak.
|
| Gambar Disini |
Bengkel Mahir Tiny Techies
| Tujuan |
| Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai komponen asas dan fungsi kit robotik serta cara membina robot sumo. |
| Aktiviti |
Peserta diberi penerangan mengenai jenis-jenis komponen utama pada kit robot sumo seperti papan litar, sensor dan motor. Seterusnya, peserta melaksanakan aktiviti pemasangan komponen secara langkah demi langkah di bawah bimbingan fasilitator.
|
| Gambar Disini |
Kesihatan Mental & Kesejahteraan Atlet E-sukan
| Tujuan |
| Mewujudkan persekitaran permainan yang seimbang dan positif. |
| Aktiviti |
Sesi ini memperkenalkan teknik penjagaan diri (self-care), termasuk rehat yang mencukupi, pemakanan sihat, dan kepentingan aktiviti fizikal dalam menyokong kesihatan mental. Melalui pelaksanaan sesi ini, diharapkan peserta dapat lebih peka terhadap tanda-tanda tekanan mental, mengamalkan strategi penjagaan diri, serta membangunkan ketahanan mental yang kukuh untuk kekal cemerlang dalam dunia e-sukan.
|
| Gambar Disini |
Sains Sukan: Peringkat Taraf E-sukan Kebangsaan
| Tujuan |
| Mempersiapkan atlet e-sukan untuk menghadapi pertandingan bertaraf tinggi dengan lebih sistematik dan profesional. |
| Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi penerangan teori mengenai komponen sains sukan seperti fisiologi sukan, psikologi sukan, biomekanik, pemakanan atlet dan kepentingan kecergasan fizikal dalam prestasi permainan. Sesi ini membantu peserta memahami bahawa kejayaan dalam e-sukan bukan hanya bergantung kepada kemahiran permainan semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor tubuh dan minda yang sihat.
|
| Gambar Disini |
Basic Scriptwriting For Animation
| Tujuan |
| Memberi pendedahan asas kepada peserta tentang teknik dan struktur penulisan skrip animasi secara teratur dan kreatif. |
| Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi pengenalan kepada format penulisan skrip animasi, di mana peserta akan belajar tentang struktur asas skrip seperti slugline, arahan visual, dialog dan pembahagian babak. Seterusnya, peserta terlibat dalam aktiviti penjanaan idea dan pembangunan plot, termasuk pembentukan konsep cerita, tema dan watak utama.
|
| Gambar Disini |
Webinar Cohort 5 Kidventure
| Tujuan |
| Memperkenalkan kepada kanak-kanak konsep asas pemasaran moden yang menggunakan elemen Kecerdasan Buatan (AI) |
| Aktiviti |
Antara pengisian aktiviti termasuk penerangan ringkas tentang fungsi AI dalam pemasaran, tayangan contoh sebenar penggunaan AI seperti reka bentuk poster dan ayat promosi automatik.
|
| Gambar Disini |
Webinar Cohort 5 Usahawan
| Tujuan |
| Memahami strategi mudah untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan, serta cara mengurus operasi harian perniagaan secara tersusun. |
| Aktiviti |
Antara pengisian termasuk penerangan interaktif mengenai teknik pemasaran asas, cara menarik perhatian pelanggan, serta langkah mengurus proses perniagaan dengan teratur. Peserta turut terlibat dalam aktiviti soal jawab dan sesi perkongsian idea bagi membantu mereka untuk mengukuhkan pemahaman.
|
| Gambar Disini |
Webinar Cohort 6 Kidventure
| Tujuan |
| Belajar asas operasi perniagaan seperti bagaimana sesuatu produk dibuat, dijual dan dihantar kepada pelanggan |
| Aktiviti |
Webinar dijalankan secara santai dan interaktif. Antara aktiviti termasuk penerangan menggunakan contoh perniagaan kecil yang mudah difahami, tayangan slaid bergambar, kuiz ringkas, serta sesi soal jawab bersama peserta.
|
| Gambar Disini |
Hebahan Komuniti
| Tujuan |
| Menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif bantuan kepada golongan sasar di kawasan setempat. |
| Aktiviti |
Petugas mendekati komuniti di luar dan menyampaikan maklumat berkenaan Sumbangan Asas Rahmah kepada golongan sasar di kawasan setempat.
|
| Gambar Disini |