Program Sembang Santai Bersama Komuniti
| Tujuan |
| Perkongisan berita mengenai isu semasa dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan. |
| Aktiviti |
Pihak JAPEN Betong mengadakan program bersama komuniti KM Dang Isah, Kalok yang mana perkongsian maklumat tentang isu dan bantuan terkini yang disediakan oleh kerajaan.
|
| Gambar Disini |
Kelas Mahir Masak
| Tujuan |
| Kelas mahir masak mempelajari cara pembuatan soft cookies dan popia carbonara. |
| Aktiviti |
Peserta mengikuti dua kelas amali pada bulan ini iaitu membuat soft cookies red velvet dan Big Mac popia. Di samping itu, peserta turut mengikuti kelas pengiraan bajet dan kos yang terlibat apabila menjual sesuatu produk makanan.
|
| Gambar Disini |
Bengkel Sumo Robot Sesi 2 (SK)
| Tujuan |
| Melatih peserta mengenal pasti fungsi setiap komponen dan cara penyambungan yang betul mengikut reka bentuk robot. |
| Aktiviti |
Sesi seterusnya, peserta dibimbing memasang 5 IR sensor pada kedudukan yang telah ditetapkan menggunakan L bracket dan skru mata leper bagi memastikan kestabilan struktur. Fasilitator menunjukkan cara menyusun dan menyambung wayar sensor ke papan kawalan utama dengan kemas dan selamat.
|
| Gambar Disini |
Bengkel Sumo Robot Sesi 3 (SK)
| Tujuan |
| Memperkenalkan asas pengaturcaraan robot untuk mengawal pergerakan ke depan dan ke belakang. |
| Aktiviti |
Sesi dimulakan dengan penerangan tentang fungsi IR sensor, sambungan bateri, dan kepentingan penyusunan wayar yang kemas. Seterusnya, peserta menyambung wayar bateri dan sensor ke papan kawalan utama mengikut panduan fasilitator. Selepas pemasangan selesai, peserta diperkenalkan kepada pengaturcaraan asas menggunakan perisian Arduino (atau platform seumpamanya) bagi mengawal pergerakan robot ke depan dan ke belakang
|
| Gambar Disini |
Esukan : Sains Sukan Fizikal dan Pemulihan
| Tujuan |
| Mempelajari teknik pencegahan dan pemulihan seperti regangan mudah, postur yang betul, rehat berkala dan gaya hidup sihat. |
| Aktiviti |
Peserta menonton video berkenaan postur dan ergonomik semasa bermain, risiko kecederaan e-sukan (leher, bahu, pergelangan tangan, mata). Kandungan video juga merangkumi kepentingan kecergasan fizikal untuk reaksi pantas, teknik pemulihan (regangan, hidrasi, rehat berkala) dan kepentingan keseimbangan masa bermain & belajar.
|
| Gambar Disini |
Esukan : Anti Doping dan Bahan Terlarang
| Tujuan |
| Memberi pendedahan kepada pelajar tentang maksud doping dan bagaimana ia memberi kesan kepada atlet termasuk atlet e-sukan. |
| Aktiviti |
Kandungan video merangkumi apa itu doping dalam sukan dan e-sukan, contoh bahan terlarang dan bahaya penggunaan ubat tanpa preskripsi. Kemudian, turut mendedahkan tentang punca atlet mengambil doping (tekanan prestasi, keinginan menang), undang-undang dan hukuman untuk kes doping dan kepentingan integriti & fair play.
|
| Gambar Disini |
Esukan : Webinar Visual Storytelling From Idea To Pitch
| Tujuan |
| Memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas visual storytelling, iaitu cara menyampaikan idea menggunakan elemen visual secara berkesan. |
| Aktiviti |
Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan ringkas mengenai konsep visual storytelling. Tenaga pengajar seterusnya menerangkan cara membina idea, menyusun jalan cerita dan teknik pitching yang berkesan. Pelajar turut diminta menghasilkan satu idea kreatif berdasarkan apa yang mereka pelajari.
|
| Gambar Disini |
Webinar Cohort 6 Kidventure : Pelan Perniagaan Pintar Saya
| Tujuan |
| Memberi pendedahan asas tentang langkah membina pelan perniagaan mudah untuk pelajar. |
| Aktiviti |
Tenaga pengajar menerangkan konsep asas pelan perniagaan secara ringkas dan mudah difahami oleh pelajar. Seterusnya, pelajar diminta memilih satu idea perniagaan kecil seperti produk makanan, kraftangan atau perkhidmatan mudah. Mereka kemudian melengkapkan pelan ringkas meliputi nama perniagaan, sasaran pelanggan, bahan atau kos yang diperlukan serta harga jualan. Selepas itu, pelajar diminta untuk respon tentang bagaimana mereka ingin mempromosikan produk tersebut.
|
| Gambar Disini |