Program Jiwa@Komuniti Madani Mutun Kara
| Tujuan |
| Merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat melalui penyampaian maklumat kerajaan dan memupuk perpaduan. |
| Aktiviti |
Program ini adalah inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bersama NADI yang diadakan di Rumah Panjang Mutun Kara. Pihak JAPEN berkongsi maklumat mengenai bantuan terkini yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat. Seterusnya, NADI menyampaikan taklimat ringkas berkenaan topik Artificial Intelligence iaitu Chatgpt dan turut melakukan saringan kesihatan kepada komuniti.
|
| Gambar Disini |
Program Jiwa@Komuniti Madani Dang Esah Tandang Sari
| Tujuan |
| Menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam pelbagai aktiviti dan perbincangan dasar kerajaan. |
| Aktiviti |
Program ini adalah inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bersama NADI yang diadakan di NADI Kampung Kalok.
|
| Gambar Disini |
Pertandingan Mewarna Poster & Kuiz Merdeka
| Tujuan |
| Menanam semangat cinta negara dan mengalakkan kreativiti. |
| Aktiviti |
Aktiviti mewarna poster dijalankan terlebih dahulu dengan menyediakan poster bertemakan kemerdekaan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Peserta diberi masa yang mencukupi untuk menyiapkan hasil kreativiti masing-masing. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan Kuiz Merdeka yang dijalankan secara individu.
|
| Gambar Disini |
Dilea Program Khas : Sejarah
| Tujuan |
| Membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 menguasai teknik menjawab soalan Sejarah dengan lebih berkesan. |
| Aktiviti |
Penceramah jemputan, Cikgu Rafi, telah berkongsi pelbagai teknik menjawab soalan Sejarah yang praktikal serta cara menstrukturkan jawapan untuk mendapatkan markah penuh. Program ini berjaya meningkatkan kefahaman pelajar terhadap format peperiksaan dan membina keyakinan mereka dalam menjawab soalan SPM.
|
| Gambar Disini |
Dilea Program Khas : Bahasa Inggeris
| Tujuan |
| Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai format terkini Bahasa Inggeris serta menyediakan mereka menghadapi peperiksaan UASA dengan lebih yakin. |
| Aktiviti |
Sesi ini dikendalikan oleh Cikgu Nordini, seorang guru Bahasa Inggeris KPM, yang menerangkan format peperiksaan dengan jelas dan memberi latihan contoh soalan. Program ini juga membantu mengukuhkan kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur melalui tips dan strategi yang dikongsikan.
|
| Gambar Disini |
Saringan MLBB dan Kelas Kesedaran
| Tujuan |
| Mengenal pasti bakat muda dalam bidang e-sukan yang berpotensi untuk diketengahkan menjadi wakil NADI Kampung Kalok. |
| Aktiviti |
Pertandingan dimulakan dengan sesi taklimat bagi penerangan peraturan pertandingan, format perlawanan, etika e-sukan, serta memastikan semua peserta memahami aspek teknikal yang terlibat. Seramai tiga kumpulan bertanding dan kumpulan CucoiBedak telah melayakkan diri mereka menjadi pemenang.
|
| Gambar Disini |
Kelas Mahir Masak
| Tujuan |
| Memberi peluang kepada peserta membuat mocktail,kopi dan korean garlic bread. |
| Aktiviti |
Bagi kelas bulan Ogos, peserta didedahkan tentang resepi dan amali pembuatan mocktail, kopi dan korean garlic bread. Tenaga pengajar turut berkongsi cara untuk ambil gambar penyediaan produk, upload tugasan dan video pembuatan bun.
|
| Gambar Disini |
Tiny Techies : Microbit & Robotik
| Tujuan |
| Memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang asas pengaturcaraan menggunakan micro:bit secara interaktif |
| Aktiviti |
Aktiviti ini memperkenalkan peserta kepada peranan micro:bit sebagai “otak” yang mengawal robot. Peserta akan belajar bagaimana micro:bit disambungkan kepada motor, sensor, dan roda untuk membolehkan robot bergerak serta melaksanakan arahan asas seperti maju, undur, dan pusing. Peserta diperkenalkan kepada komponen micro:bit seperti LED matrix, butang input, sensor pergerakan (accelerometer), dan pin sambungan. Aktiviti ini membantu murid memahami fungsi asas setiap komponen dan bagaimana ia digunakan dalam projek. Peserta juga mempraktikkan penggunaan perisian MakeCode untuk menulis kod secara blok (block-based coding).
|
| Gambar Disini |
Bengkel HTML (SMK)
| Tujuan |
| Memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang penggunaan HTML untuk membina laman web. |
| Aktiviti |
Bengkel HTML telah dilaksanakan khusus untuk pelajar sekolah menengah yang berminat mempelajari asas pembangunan laman web. Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada konsep asas HTML, termasuk penggunaan tag <html>, <head>, <body>, tajuk, perenggan, senarai, dan imej. Pelajar turut diberi tunjuk ajar secara praktikal untuk mencipta laman web mudah menggunakan penyunting teks.
|
| Gambar Disini |
Ekelas Keusahawanan
| Tujuan |
| Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas perniagaan. |
| Aktiviti |
Program dilaksanakan secara interaktif dan melibatkan penyampaian teori serta aktiviti praktikal. Modul kedua, Mengurus & Mengukur Keberkesanan, memberi kefahaman kepada pelajar mengenai cara menganalisis data dan menilai prestasi kempen pemasaran. Modul ketiga, Asas Komunikasi Visual, melatih pelajar mencipta bahan pemasaran yang menarik dengan penggunaan warna, tipografi dan grafik yang sesuai.
|
| Gambar Disini |
NADI Keusahawanan: Cohort 4 Kidventure
| Tujuan |
| Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas perniagaan. |
| Aktiviti |
Sepanjang sesi webinar, peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dibimbing melalui modul interaktif yang merangkumi pengenalan kepada asas keusahawanan, pengurusan kewangan mudah, kreativiti dalam menghasilkan idea perniagaan, serta teknik asas pemasaran menggunakan platform digital.
|
| Gambar Disini |