Kelas Mahir Masak
| Tujuan |
| Mempelajari menu western dan pembuatan burger. |
| Aktiviti |
Peserta diberi penerangan asas mengenai pemilihan bahan, teknik penyediaan dan pengendalian peralatan. Dalam sesi praktikal, peserta berpeluang menyediakan sendiri hidangan seperti chicken chop serta burger buatan sendiri menggunakan daging kisar. Aktiviti hands-on ini membantu peserta meningkatkan kemahiran penyediaan makanan secara teratur, menepati rasa, dan menambah kreativiti dalam penyediaan menu. Program ini diharap dapat membuka peluang ke arah menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan berasaskan makanan western dan burger.
|
| Gambar Disini |
Dilea Matematik & Bahasa Melayu
| Tujuan |
| Membantu pelajar sekolah untuk mendapat pembelajaran tambahan secara percuma. |
| Aktiviti |
Peserta mengikuti topik ungkapan algebra bagi membantu dan memahami kaedah mempermudah ungkapan algebra secara sistematik. Peserta diterangkan tentang konsep asas seperti faktorkan, operasi algebra asas, penambahan serta penolakan sejenis, serta cara mengenal pasti ungkapan yang boleh dipermudahkan. Guru turut memberi contoh langkah demi langkah agar pelajar lebih yakin mengendalikan soalan yang melibatkan ungkapan algebra.
|
| Gambar Disini |
Esukan : Saringan Dalam Kumpulan
| Tujuan |
| Pencarian wakil bagi Kumpulan B untuk pertandingan Mobile Legend Bang Bang musim ketiga. |
| Aktiviti |
Kumpulan yang mewakili NADI Kampung Kalok telah bertanding dengan NADI lain selama tiga minggu berturut-turut. Antara NADI yang terlibat ialah Kpg Tellian Ulu, Engkelili, Skio, Bayong, Kg Lebor, Kg Sampat, Kg Nakong dan Kg Melayu.
|
| Gambar Disini |
Esukan : Strategi Media Sosial & Imej Diri
| Tujuan |
| Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan membina kehadiran digital yang positif dan berkesan. |
| Aktiviti |
Peserta diperkenalkan kepada asas penggunaan media sosial secara profesional, termasuk teknik menghasilkan kandungan yang relevan, menetapkan sasaran audiens, serta memahami identiti jenama peribadi. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan membezakan antara akaun peribadi dan profesional, serta cara mengekalkan konsistensi dalam gaya komunikasi.
|
| Gambar Disini |
Esukan : Hak Cipta & Harta Intelek Dalam E-Sukan
| Tujuan |
| Mempelajari tentang kepentingan perlindungan hak cipta dalam industri permainan digital dan e-sukan. |
| Aktiviti |
Peserta diperkenalkan kepada konsep asas harta intelek seperti hak cipta, cap dagangan, reka bentuk dan lesen penggunaan. Penekanan turut diberikan kepada bagaimana karya seperti grafik, logo pasukan, kandungan video, rakaman siaran langsung, serta mod permainan tertentu dilindungi di bawah undang-undang harta intelek.
|
| Gambar Disini |
Bengkel Sumo Robot Sesi 4 (SK)
| Tujuan |
| Membuat pergerakan asas robot menggunakan pengaturcaraan MakeCode. |
| Aktiviti |
Pergerakan asas dengan bergerak ke hadapan, undur dan pusing ke kiri dan kanan. Aturcara MakeCode untuk pergerakan asas dengan membuat beberapa function.
|
| Gambar Disini |
Webinar Cohort 7 Kidventure: Pemasaran Dengan AI
| Tujuan |
| Memberi pendedahan awal kepada peserta tentang cara teknologi kecerdasan buatan digunakan dalam dunia keusahawanan. |
| Aktiviti |
Peserta belajar menggunakan Chatgpt sebagai platform menjana idea promosi. Aktiviti ini membantu peserta memahami bagaimana AI dapat memudahkan proses pemasaran dan meningkatkan kreativiti dalam memperkenalkan produk. Kelas ini bukan sahaja membina kemahiran digital asas, tetapi turut menyemai minat dan keyakinan peserta untuk meneroka dunia keusahawanan sejak usia muda.
|
| Gambar Disini |
Cohort 6 Usahawan : Webinar Atas Talian 1
| Tujuan |
| Memastikan kestabilan kewangan perniagaan dan perniagaan mampu bertahan. |
| Aktiviti |
Peserta didedahkan dengan pelaksanaan dan penetapan matlamat dengan menggunakan kaedah SMART iaitu Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound. Seterusnya merancang dan mengawal perbelanjaan serta pendapatan bagi mencapai matlamat kewangan tertentu.
|
| Gambar Disini |
Program Edisi Ekspres Preneur
| Tujuan |
| Menambah pengetahuan tentang ilmu keusahawanan masa kini yang perlu bagi seorang usahawan. |
| Aktiviti |
Menerusi topik duit masuk, duit keluar, peserta diajar cara merekod transaksi harian, membezakan antara keuntungan dan aliran tunai, serta kepentingan menyusun rekod kewangan secara sistematik. Seterusnya, penerangan merangkumi asas percukaian, keperluan mendaftar perniagaan, serta tanggungjawab sebagai usahawan. Peserta turut diberi pendedahan mengenai penggunaan e-invois untuk memudahkan dokumentasi transaksi, meningkatkan ketelusan dan memudahkan urusan cukai.
|
| Gambar Disini |
Podcast NADIPreneur : Episode 11
| Tujuan |
| Memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang cara membina perniagaan yang fleksibel. |
| Aktiviti |
Menerusi podcast dengan tajuk Kekal Relevan – Perniagaan Kalis Peluru, peserta boleh memahami strategi untuk memastikan perniagaan terus bertahan dalam apa jua keadaan ekonomi. Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan menyesuaikan model perniagaan mengikut perubahan trend, tingkah laku pelanggan serta perkembangan teknologi semasa. Fokus diberikan kepada lima teras iaitu kewangan, pemasaran, produk, operasi dan inovasi.
|
| Gambar Disini |
Webinar Cohort 8 Kidventure : Operasi Perniagaan
| Tujuan |
| Pendedahan bagi perancangan operasi perniagaan. |
| Aktiviti |
Tenaga pengajar menerangkan kepentingan membuat perancangan dalam sesebuah perniagaan. Antaranya dengan memberikan contoh pelan operasi dan jadual operasi harian yang boleh digunakan kelak.
|
| Gambar Disini |