mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025

Dilea Live Class

Tujuan
Mengulangkaji pelajaran secara dalam talian untuk pelajar sekolah menengah.
Aktiviti
Peserta mengikuti kelas Bahasa Melayu dan Sejarah.
Gambar Disini

Kursus Asas Microsoft Office & Canva

Tujuan
Meningkatkan kemahiran komputer dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Seterusnya menghasilkan resume  dan poster menggunakan Canva.
Gambar Disini

Lindungi Identiti Digital Anda

Tujuan
Membina pemahaman tentang peranan setiap individu dalam menangani risiko keselamatan siber secara proaktif.
Aktiviti
Webinar ini mencerminkan keseluruhan kandungan webinar yang merangkumi kebocoran data, keselamatan dalam talian, dark web, undang-undang siber, dan teknik LTLR untuk mengurangkan risiko menjadi sasaran serangan siber.
Gambar Disini

Webinar Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak

Tujuan
Memberi pendedahan kepada ibu bapa, guru dan kaunselor tentang ancaman tersembunyi dalam permainan online mesra kanak-kanak.
Aktiviti
Menerusi webinar,penceramah membongkar taktik permainan digunakan untuk mencuri maklumat dan memperdaya anak-anak, serta langkah perlindungan daripada ancaman digital.
Gambar Disini

Robotik: Ulangkaji Siri Sekolah Rendah

Tujuan
Ulangkaji Siri FS4A micro:bit & Robotik
Aktiviti
Menerusi bengkel ini, dua orang peserta telah mengikuti sesi ulangkaji, teknik penceritaan dan penggunaan teknik penceritaan untuk projek robotik.
Gambar Disini

Santai Bersama Pakcik Lan

Tujuan
Mengetengahkan tajuk “Agenda Pemerkasaan STEM Robotik Nasional Bermula Dengan Anda”
Aktiviti
Sesi tersebut menyentuh pelbagai isu penting seperti pemerkasaan generasi muda melalui pendidikan STEM, potensi robotik dalam menyelesaikan masalah masa hadapan, dan galakan kepada komuniti untuk lebih proaktif dalam mendekati bidang teknologi..
Gambar Disini

Kelas kesedaran dan pensijilan Esukan

Tujuan
Kelas kesedaran dan pensijilan esukan bulan Jun.
Aktiviti
Perkongsian bagi kelas kesedaran adalah tentang tajuk sains sukan dalam e-sukan manakala bagi kelas pensijilan adalah asas pemakanan sukan bagi atlet remaja.
Gambar Disini

Pemasaran & Operasi Perniagaan

Tujuan
Membimbing usahawan bagi teknik pemasaran dan operasi perniagaan.
Aktiviti

Menerusi topik pemasaran,peserta belajar teknik menggunakan media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) dan pemasaran e-mel untuk menarik pelanggan. Kemudian, usahawan perlu memahami keperluan pelanggan dan bagaimana menyesuaikan produk/servis.

Manakala bagi pengurusan operasi perniagaan merangkumi penggunaan perisian untuk memudahkan pengurusan pelanggan, jualan, dan operasi. Selain itu, cara mengurus aliran tunai, keuntungan, dan kos perniagaan dengan lebih efektif.
Gambar Disini

eKelas Usahawan: Asas Komunikasi Visual

Tujuan
Memperkasa usahawan untuk memanfaatkan penggunaan media digital.
Aktiviti
Peserta mempelajari tentang prinsip penting komunikasi visual dan teknik reka visual untuk media sosial. Seterusnya mengenai penggunaan visual menarik dan mengekalkan pelanggan.
Gambar Disini