mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Keusahawanan

WhatsApp Image 2019-01-09 at 10.34.20 1

TARIKH    : 8 JANUARI 2019

MASA       : 9.00 AM – 12.00 PM            

LOKASI    : BILIK LATIHAN

  PESERTA : 15 ORANG

 

TUJUAN.

Kelas  ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar Giatmara. Kelas latihan keusahawan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai cara-cara mencipta halaman kedai atas talian dan teknik pemasaran atas talian.

 

AKTIVITI

Kelas dimulakan dengan petugas menyentuh tentang penggunaan Microsoft Word di mana peserta dikehendaki untuk menaip serta menyalin semula apa yang dipaparkan di slide. Seterusnya, petugas menerangkan tentang topik pemasaran terutamanya teknik bagi memasarkan produk secara atas talian. Terdapat beberapa teknik pemasaran yang boleh digunakan iaitu Facebook, Instagram dan Twitter,Blog dan Youtube. Memandangkan kebanyakkan penjual menggunakan Facebook sebagai medium bagi memasarkan produk, petugas mengajar peserta cara untuk mencipta halaman kedai atas talian mereka.Selain itu, cara bagi memastikan halaman tersebut supaya menarik juga turut dikongsi oleh petugas.

Aktiviti terakhir di dalam kelas keusahawanan adalah advokasi di mana peserta didedahkan dengan jenis-jenis scam atau penipuan yang sering berlaku pada masa kini. Petugas memberi penerangan tentang scam melalui telefon dan tips bagi mengatasi supaya tidak terjebak dengan penipuan seperti ini. Kelas diakhiri dengan sesi bergambar besama peserta, tenaga pengajar Giatmara dan petugas.

GAMBAR DI SINI

WhatsApp Image 2019-01-09 at 10.34.19WhatsApp Image 2019-01-09 at 10.34.14WhatsApp Image 2019-01-09 at 10.29.55WhatsApp Image 2019-01-09 at 10.29.51WhatsApp Image 2019-01-09 at 10.29.42WhatsApp Image 2019-01-08 at 15.09.17WhatsApp Image 2019-01-08 at 15.09.06