Melalui program ini, peserta didedahkan kepada kepentingan memiliki minda yang positif dan sentiasa bersedia untuk belajar daripada pengalaman, di samping memahami cara mengurus tekanan yang boleh menjejaskan prestasi dalam jangka panjang. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai langkah-langkah melindungi akaun permainan dan data peribadi daripada ancaman siber seperti penggodaman dan penipuan dalam talian. Program ini berjaya membantu peserta membina sikap yang lebih matang, berdaya tahan serta bertanggungjawab dalam penglibatan mereka dalam bidang e-sukan.
|