USAHAWAN MAKANAN
|
Nama : En. Mohammad Adzrin Bin Fathi
Umur : 20 tahun
Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Encik Adzrin merupakan seorang belia yang berniaga makanan di pasar Pusa. Setelah menamatkan persekolahan tingkatan 5, dia menceburi bidang perniagaan bersama ibunya. Dia sering memuat nait gambar-gambar makanan di laman sosial fb dan juga turut menyediakan servis penghantaran makanan kepada pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Adzrin hanya berniaga secara lansung di gerai makanannya. Pelanggannya merupakan orang yang sama setiap hari. Dia juga tidak berpeluang untuk mengiklankan makanan di laman sosial kerana kurang pengetahuan dalam bidang ict. Selain itu, dia juga tidak pandai dalam teknik mengambil gambar yang menarik untuk di muat nait dalam laman sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah kerap menghadiri kelas dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kampung Kalok, Encik Adzrin ingin meluaskan lagi perniagaannya dengan sentiasa mempromosikan di laman sosial facebook. Dia aktif melakukan iklan di facebook dan akan menjawab pertanyaan dari pelanggan secepat yang mungkin. Disamping itu, dia turut menyediakan servis penghantaran kepada pelanggan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli di gerainya