KELAS KEUSAHAWANAN
|
TARIKH : 15 FEBRUARI 2019
MASA : 9.00 AM- 12.00 PM
LOKASI : PUSAT INTERNET KG KALOK
PESERTA : 18 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang medium yang boleh digunakan untuk memasarkan produk keusahawanan.
Aktiviti
Peserta iaitu pelajar Giatmara didedahkan dengan latihan menaip menggunakan Microsoft Word. Petugas menerangkan tentang topik kaedah meningkatkan jualan dengan menggunakan platform Instagram. Peserta turut didedahkan dengan langkah-langkah bagi mendaftar akaun Instagram untuk tujuan perniagaan. Selain itu, kriteria-kriteria yang perlu bagi mencipta sesebuah akaun Instagram perniagaan turut dikongsikan kepada peserta. Sesi seterusnya iaitu Klik Dengan Bijak yang juga sesi terakhir, peserta didedahkan dengan topik Oversharing di mana penting untuk setiap individu mengehadkan kadar perkongsian maklumat semasa berada di atas talian.