mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2026

Kursus Latihan Pengendalian Makanan

Tujuan
Memastikan peserta mematuhi standard dan peraturan pengendalian makanan bagi melindungi kesihatan pengguna.
Aktiviti
Peserta mengikuti kursus pengendalian makanan secara dalam talian yang memberi pendedahan kepada amalan kebersihan dan keselamatan makanan. Kursus ini merangkumi pengendalian bahan mentah, penyimpanan makanan serta pencegahan pencemaran. 
Gambar Disini

Kelas Mahir Masak

Tujuan
Pengenalan kelas mahir masak.
Aktiviti
Kursus mahir masak minggu pertama dan kedua berkenaan pengenalan Mahir Training System (MTS), mesin dan peralatan serta aturan kesihatan dan keselamatan dan SOP kelas masakan. Untuk kelas minggu ketiga, kelas amali pembuatan mocktail dan kopi.
Gambar Disini

Kelas Mahir Baiki Gajet

Tujuan
Pengenalan kursus mahir baiki gajet dan peralatan.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan alatan asas membaiki gajet serta potensi menjana pendapatan dan peluang kerjaya menerusi kemahiran ini. Seterusnya, peserta didedahkan tentang sejarah dan evolusi telefon pintar, komponen asas telefon pintar dan jenis-jenis kerosakan.
Gambar Disini

Kelas Mahir Jahit

Tujuan
Pengenalan kursus mahir jahit.
Aktiviti
Kursus dimulakan dengan topik pengenalan kepada Mahir Training System (MTS). Untuk minggu ketiga, peserta mengikuti sesi persediaan menjahit pencil box.
Gambar Disini

E-Sukan

Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai dunia e-sukan secara berstruktur, pembentukan sahsiah pemain serta peluang kerjaya dalam industri kreatif digital.
Aktiviti
Pelaksanaan program merangkumi pengenalan e-sukan daripada hobi kepada platform kompetitif, penerapan etika dan disiplin pemain, perkongsian realiti industri e-sukan, sesi podcast berkaitan kerjaya serta webinar reka bentuk. (merangkumi program: Pengenalan E-sukan, Etika Pemain, Realiti Dunia E-sukan, Podcast Kerjaya, Webinar Character Design)
Gambar Disini
 

Dilea

Tujuan
Mengukuhkan penguasaan bahasa serta menyokong pembelajaran fleksibel melalui platform digital.
Aktiviti
Penggunaan kandungan pembelajaran digital dan webinar berkala bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. (merangkumi program: DiLEA VOD BM Tingkatan 2, Webinar Bahasa Inggeris Edisi 6 & 7)
Gambar Disini

Tiny Techies

Tujuan
Meningkatkan literasi digital serta kemahiran teknologi selaras dengan keperluan pendidikan dan industri semasa.
Aktiviti
Program melibatkan pengenalan kepada robotik dan peranti pintar, asas pengaturcaraan serta pembangunan web dan pangkalan data yang disesuaikan mengikut peringkat sekolah rendah dan menengah. (merangkumi: Microbit & Robotik (SK), Python, HTML & SQL (SMK))
Gambar Disini

E-Kelas

Tujuan
Membantu peserta memahami asas pemasaran digital dan komunikasi visual bagi menyokong aktiviti keusahawanan dan penjenamaan.
Aktiviti
Pelaksanaan kelas dalam talian melibatkan strategi pemasaran digital, asas visual komunikasi serta penggunaan media digital secara berkesan.(merangkumi: Ekelas Strategi Pemasaran Digital, Ekelas Asas Visual Komunikasi)
Gambar Disini

NADI Keusahawanan

Tujuan
Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas keusahawanan, perancangan perniagaan serta pengurusan kewangan secara berstruktur.
Aktiviti
Pelaksanaan program NADI Keusahawanan memberi fokus kepada pembangunan asas perniagaan dan literasi kewangan melalui siri video pralatihan, pembelajaran pelan perniagaan mini serta webinar interaktif berkaitan pengurusan kewangan. Program ini bertujuan membentuk pemikiran usahawan dalam kalangan peserta secara berperingkat dan praktikal. (merangkumi: Preneur & Empowerher Video Pralatihan 1–3, Kidventure Pelan Perniagaan Mini 1, Video Pembelajaran Pelan Perniagaan Mini 1, dan Live Webinar 3 – Bijak Kewangan)
Gambar Disini

Inisiatif Kerajaan

Tujuan
Urusan My Digital Id.
Aktiviti
Komuniti mendapatkan khidmat bantuan mendaftar My Digital Id untuk transaksi di pejabat kerajaan.
Gambar Disini