mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2025

Dilea Live Class

Tujuan
Mengulangkaji pelajaran secara dalam talian untuk pelajar sekolah menengah.
Aktiviti
Pelajar mengikuti kelas bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi Tingkatan 4.
Gambar Disini

Mahir Masak

Tujuan
Menambah kemahiran dalam bidang memasak.
Aktiviti
Untuk minggu pertama bulan April, peserta telah mengikuti kelas menu western iaitu pan fried seabass with lemon butter sauce, chicken chop with mushroom sauce dan beef steak wtih blackpepper sauce. Minggu kedua pula kelas pembuatan sos pizza dan lasagna dan kelas terakhir perkongsian inspirasi dari peserta serta menjawab kuiz.
Gambar Disini

Mahir Pertanian Pintar

Tujuan
Menambah kemahiran dalam bidang pertanian pintar.
Aktiviti
Peserta mengikuti pembelajaran bagi topik pengurusan ladang dan sistem sokongan pertanian yang meliputi fungsi pengurusan, penduduk dunia dan pertanian, impak perubahan cuaca dan sistem pemasaran pertanian. Minggu seterusnya adalah minggu ulangkaji bagi topik pengenalan asas tanaman.
Gambar Disini

Pertandingan Esukan Peringkat Negeri

Tujuan
Pertandingan kalah mati dalam kumpulan untuk mencari juara kumpulan.
Aktiviti
NADI Kampung Kalok yang diwakili oleh kumpulan BOIS Student menentang wakil dari Kumpulan 5 yang terdiri daripada NADI Kg Asyakirin, NADI Bogag, NADI Lubok Antu, NADI Nanga Medamit, NADI Kg Pandan, NADI Tebedu, NADI Kg Pasir Pandak, NADI Pekan Tunoh dan NADI Tellian Ulu.
Gambar Disini

Kelas Kesedaran dan Pensijilan

Tujuan
Menyediakan pengetahuan asas tentang permainan kompetitif, peraturan, etika pemain, serta struktur kejohanan e-sukan.
Aktiviti

Menerusi kelas pensijilan peserta diberi pendedahan mengenai topik Kawalan Emosi & Mental Juara dan Kod Etika Pemain E-Sukan. Untuk kelas kesedaran, video yang ditonton oleh peserta adalah mengenai Mental Kuat, Rank Naik: Urus Tekanan & Emosi Semasa Bermain, Kuasa Digital: Bagaimana E-Sukan Boleh Ubah Hidup dan Komuniti.

Gambar Disini

Program Mentor Tiny Techies

Tujuan
Membuat simulasi dan menguji litar secara maya.
Aktiviti
Bagi Mentor Sesi 3, peserta belajar mengenai Tinkercad. Tinkercad ialah alat reka bentuk dan simulasi berasaskan web yang percuma, dibangunkan oleh Autodesk. Dalam reka bentuk litar, Tinkercad menyediakan persekitaran maya di mana pengguna boleh membina dan menguji litar tanpa menggunakan komponen fizikal.
Gambar Disini

Pemasaran & Operasi Perniagaan

Tujuan
Membimbing usahawan kaedah pemasaran dan mengurus operasi perniagaan.
Aktiviti
Perkongsian webinar adalah mengenai pengurusan masa, pengurusan sumber, teknologi dan sistem serta scaling up. Beberapa kesilapan dalam merancang operasi syarikat turut dibicarakan dalam webinar tersebut.
Gambar Disini