mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2025

Colouring dan Ulangkaji Mengeja

Tujuan
Meningkatkan kreativiti dan kemahiran membaca serta menulis murid. 
Aktiviti
Mewarna menggunakan aplikasi picsart dan ulangkaji mengeja perkataan Bahasa Melayu. Membantu murid mencipta karya seni digital dengan penggunaan warna, alat, dan kesan khas yang disediakan oleh Picsart.
Gambar Disini

SarawakID & SpayGlobal

Tujuan
Membantu komuniti memohon bantuan kerajaan.
Aktiviti
Membantu komuniti mendaftar akaun SarawakID dan SpayGlobal bagi memohon bantuan SKAS.
Gambar Disini

CIDB

Tujuan
Memudahkan kontraktor sekitar untuk berurusan dengan pihak CIDB.
Aktiviti
Kontraktor datang ke NADI bagi menduduki peperiksaan e-learning mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak CIDB turut membuka kaunter pertanyaan untuk urusan permohonan pembaharuan, baru PKK, SCORE, MCORE, urusan kad personal binaan baru dan pembaharuan serta pengisytiharan projek. 
Gambar Disini

Program Khas Memori NoteMaster Pro

Tujuan
Menguasai teknik memori berkaitan nota iaitu teknik Ikon Memori & Cerita Kreatif.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan cara mengaplikasikan teknik secara praktikal dan teknik menghafal fakta dalam bentuk nombor. Seterusnya, mereka tahu cara bekerjasama dalam kumpulan bagi menghasilkan nota yang berkesan & mudah diingat hingga ke hari peperiksaan.

Gambar Disini

Dilea Live Class

Tujuan
Mengulangkaji pelajaran secara dalam talian untuk pelajar sekolah menengah.
Aktiviti
Peserta mengikuti kelas secara dalam talian menerusi program pembelajaran sepanjang hayat DiLea. Antara subjek yang dipelajari ialah Bahasa Malaysia, English, Matematik dan Sains. 
Gambar Disini

Mahir Masak

Tujuan
Menambah kemahiran dalam bidang memasak.
Aktiviti
Kelas mahir masak membuat roti dengan menggunakan perkakas yang ada di NADI.
Gambar Disini

Mahir Baiki Gajet

Tujuan
Menambah kemahiran dalam bidang baiki gajet.
Aktiviti
Peserta belajar mengenai beberapa alat uji telefon pintar dan sistem pengendalian android pada kelas minggu kelima.
Gambar Disini

Mahir Pertanian Pintar

Tujuan
Menambah kemahiran dalam bidang pertanian pintar.
Aktiviti
Kelas mingguan pertanian pintar.
Gambar Disini

Perancangan Perniagaan dan Pengurusan Kewangan

Tujuan
Membimbing usahawan dalam merancang dan mengurus kewangan
Aktiviti
Perancangan perniagaan dan pengurusan kewangan adalah elemen penting bagi memastikan kejayaan sesebuah perniagaan. Perancangan perniagaan merangkumi strategi, analisis pasaran, pemasaran, operasi, dan perancangan kewangan bagi menetapkan hala tuju syarikat. Pengurusan kewangan pula melibatkan kawalan aliran tunai, belanjawan, penyata kewangan, dan pelaburan untuk memastikan kestabilan perniagaan. 
Gambar Disini