mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2023] KEUSAHAWANAN – Puan Latifah binti Hassan

LATIFAH 1

MAKANAN (PULUT PANGGANG DAN KUIH KERING)

Latar Belakang

Pn Latifah merupakan seorang pengusaha pulut panggang dan kuih kering. Dia sering menghantar jualannya kepada penjaja kuih muih sekitar Pusa. Pada tahun 2022, dia telah mendaftar menjadi pelatih Giatmara Batang Lupar. Oleh kerana NADI sentiasa menjemput pelatih untuk mengikuti kelas keusahawanan, Pn Latifah telah mendaftar menjadi ahli NADI. Pelbagai kelas keusahawanan yang telah Pn Latifah ikuti sepanjang menjadi pelatih Giatmara.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan NADI

Pn Latifah masih kekok menggunakan social media sebagai platform jualan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI

Setelah mengikuti kelas, Pn Latifah mengetahui cara membuat poster menggunakan canva dan membuat video pendek menggunakan kinemaster.

LATIFAH 2