NAMA KAMPUNG : KAMPUNG KALOK
DAERAH : PUSA
ADUN : N. 29 BETING MARO
PARLIMEN : P. 201 BATANG LUPAR
Kampung Kalok adalah salah sebuah kampung dibawah persempadanan Daerah Pusa yang meliputi Kampung Lot, Kampung Dato Godam dan Pasar Pusa. Kampung Kalok terletak kira-kira 90 kilometer dari Daerah Betong. Jalan utama untuk menghubungkan ke Kampung Kalok ialah jalan darat.
Populasi penduduk Kampung Kalok pada masa ini dianggarkan sebanyak 1261 orang dengan bilangan rumah sebanyak 215 buah pintu. Pembahagian mengikut jantina pula, lelaki sebanyak 531 orang dan wanita pula 730 orang. Manakala, pembahagian mengikut umur, 58 Tahun ke atas (189 orang), 41-57 Tahun (252 orang), 26-40 Tahun (379 orang), 18-25 (126 orang), 12-17 Tahun (126 orang) dan 0-17 (189 orang). Majoriti penduduk Kampung Kalok terdiri daripada 97% Melayu Islam dan selebihnya Cina dan lain-lain.
Penduduk Kampung Kalok kebanyakan bekerja sebagai nelayan kerana sungai merupakan nadi utama penduduk setempat. Penduduk Kampung Lot dan Kampung Dato Godam pula kebanyakan bekerja sebagai penjawat awam dan bekerja di TH Plantation. Hampir 90% penduduk Kampung Lot dan Dato Godam bukan penduduk asal Kampung Kalok, kebanyakan mereka berasal dari kampung sekitar Pusa dan ada juga yang datang dari Semenanjung.