USAHAWAN (PRODUK MAKANAN)
|
Nama : Silawati binti Narawi
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Puan Silawati merupakan usahawan makanan dan juga merupakan seorang pelatih di Giatmara Batang Lupar. Dia menjual gula-gula berasaskan gula apong dan buah-buahan tempatan. Pada mulanya, dia menjual secara lansung dengan kawan-kawan dan jiran tetangga. Dek kerana peredaran zaman, dia mula menjual secara dalam talian terutamanya di facebook.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Silawati sudah lama menceburi bidang keusahawanan namun dia melakukan jualan secara lansung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg Kalok, dia mengikuti kelas keusahawanan dan memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari. Kini dia sudah pandai melakukan jualan dalam talian.